Isnin, 1 Julai 2013

Hari Kantin SK Cherating 2013

Pada 29 Jun 2013 iaitu hari sabtu SK Cherating telah mengadakan Hari Kantin 2013.....Pelbagai gerai jualan telah dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan.....Alhamdullillah, hampir kesemua barang jualan habis dijual.....Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan hari kantin ini.....Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa serta masyarakat sekitar yang telah sama-sama memeriahkan Hari Kanting SK Cherating 2013.....Murid-murid ternyata sangat gembira dan telah menghabiskan wang masing-masing di gerai-gerai jualan yang mereka sukai......Hehehehe.....Berikut adalah suasana di Hari Kantin tersebut.....Wassalam.


Gerai Burger Gangnam Style

Gerai Keropok Lekor Dan Rojak Buah

Tu Dia Tauke Rojak Buah.....Kikikikiki

Gerai Roti....Senyum jer sebab roti tak habis......Hahahaha

Gerai Pengurup Wang Tanpa Lesen

Tauke Jagung Import Dari Army Team

Gerai Laksa Penang.....Eh, Betul ke?....Hahaha

Bini Navy Jual Rojak Buah......Hehehe


Geng Karaoke....

Gerai Aneka Kuih.....Geng Cikgu Pra..


Ni Tauke Kuih Jugok Ni....Senyum Mewek Untung Besar.....Haha

Suasana Dari Tingkat Atas

Suasana Dari Tingkat Atas

Acara Menembak Botol

Jualan Bundle

Tu Dia.....Cikgu Ensem Dapat Hamper....Juara Tembak Botol....Kikikiki




Sabtu, 18 Mei 2013

Pertandingan Futsal Pra Sekolah

Pertandingan Futsal Pra Sekolah akan berlangsung pada 21 Mei 2013 bertempat di Gelanggang Futsal Seberang Balok....Pra Sk Cherating telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan ini.....Berikut sedikit gambar sesi latihan yang telah dikendalikan oleh Ustaz Suhaimi dan Cikgu Mastura.....Semoga Sk Cherating beroleh kejayaan yang cemerlang.







Khamis, 9 Mei 2013

Kejohanan Perahu Layar MSS Pahang

Bermulalah Kejohanan Perahu Layar MSS Pahang dari 7 Mei - 10 Mei bertempat di SK Cherating dan Nazira Beach Resort, Cherating Kuantan......Saksikan kemeriahannya...








Selasa, 30 April 2013

Sport School @ClubMed Cherating

Program Sport School adalah program yang ditawarkan oleh Club Med Cherating sebagai satu khidmat sosial terhadap SK Cherating....Program ini telah bermula pada tahun 2010 sehingga kini....Seramai 15 orang murid tahun empat dan lima mengambil bahagian dalam program ini.....Dua orang guru pengiring pula ditugaskan untuk menyelia murid sepanjang program ini berjalan.